PERSONAL || CAT LOVER || FEATURED || REVIEW || LIFE || LOVE || EXPERIENCE

Lady Cat Dew

Lady Cat Dew

About Me

My photo
FULL TIME WORKING LADY || THE OTHER HALF OF BLOGGER || STORIES OF LADY DTASH

I'm at Blogger Area Group

Friday, March 17, 2017

FRIDAY CAT

Read More

Saturday, March 11, 2017

SAPA PERNAH KENA?

Aku dah banyak kali terkena nie..wakak memang ada cat jenis fussy.sabo ja lah.

Read More

(x_x) APABILA HUGO KU KENCING BERDARAH

Salam Meow


Last 2 weeks aku tengah mengemas bilik kucing - kucing ku seperti biasa stp hujung minggu then all the sudden kebetulan time tu one of my Cats pee tp bukan seperti biasa..Aku nampak Kencing my cat berdarah..Oh No..My Hugo kencing berdarah..

Pening aku jap coz nak bawa ke klinik Cik Abang tiada d rumah plak..Aku teringat dimana aku ada Apple Cider Vinegar(ACV) aku terus pergi menyediakan air dan campuran acv untuk ku paksa minum..Nasib juga ada syringe..Mo tidak mo aku paksa Hugo menerima air campuran ACV. Setipa 20 minit aku paksa 4 kali full penuh syringe tu supaya Si Hugo dapata kencing dan sambil ku perhatikan..Ada juga kencing tapi masih ada darah sikit..

Aku mula google internet untuk pastikan adakah seperti jangkaan ku..Hurm mmg benar memang kena tapi aku jangkaan masih awal...Aku berdoa agar malam cepat berlalu dimana aku plan pada keesokkan hari unutk membawa ke klinik haiwan Tuaran..Seawal jam 7 ku ke klinik sambil menunggu Klinik buka jam 8 pagi tu..Syukur masih tak ramai orang dan aku merupakan orang kedua membawa Hugo untuk rawatan.

Doktor kali nie merupakan seorang doktor yang aku perasan baru pertama kali ku nampak bertugas di klinik tu..Friendly dan hah kena ceramah aku pasal penyakit yang menjangkiti Hugo..Nasib seperti jangkaan aku masih dalam peringkat awal dan pundi kencing Hugo masih kecil..Dlam hati ku..nasib ada ACV dirumah ready..Syukur masih tidak teruk..Hah seperti biasa memang kena suntikan ler..dan 5 jenis tablet seabgai rawatan..Fuh nak besau juga mata tgk kos rawatan tapi apa boleh buat demi Hugo aku korbankan segalanya..

Kencing Berdarah
Bentuk batu karang( urine crystals ) apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hujung-hujungnya yang tajam dan inilah yang mengakibatkan kecederaan pada dinding pundi kencing dan salur kencing yang mengakibatkan kencing berdarah.


Makanan khas untuk Hugo ku belikan..Wet food dimana aku campurkan ACV juga agar kesan rawtan lebih cepat..Syukur ku perhatikna Hugo dah mula kencing dengan banyak berbekalkan ubat  - ubatan dan ACV...Malah x kesan darah kelihatan..Adoui even cukup ku jaga kena juga penyakit seperti nie..Ya Allah jauhkan aku dari semua nie..

Berkenaan dengan Penyakit yang melanda Hugo

Peringkat Awal FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease) dengan eryi kata lain kencing kotor atau penyalit saluran pundi kencing..Jangan ingat ja manusia ja kena..

FLUTD..boleh dihidapi oleh kucing2 terutamanya yang jantan, dan mostly pemakanan hanya berdasarkan  makanan kering 'dry food' aka  Kibbles

Peringkat awal symptoms yang akan dialami oleh kucing yang menghidapi FLUTD adalah:


* tidak boleh kencing atau kencing dengan jumlah urin yang sedikit sahaja


* kencing berdarah atau kelihatan berkeladak


* dribbling of urine, loss of bladder control (incontinence)


* kerap kencing dgn jumlah yg sedikit


* kencing diluar dari litter box mereka


* meneran(straining) dan bising(crying) semasa kencing


* menjilat kawasan pembukaan urinary tract dgn kerap kerana sakit semasa kencing


* murung


* dehidrasi


* muntah tanpa sebab


* bau ammonia yang kuat dari urin


* abdomen yang distended dan mengeras


* kuat minum 


Penyebab2 FLUTD diantaranya adalah:

  • Batu karang (urolithiasis) aka Crystal
Batu karang boleh terbentuk didalam pundi kencing atau didalam uretra. Ia merupakan mineral yang terkumpul dan membentuk batu karang, yang paling kerap adalah jenis calcium oxalate dan sturvite. Jenis sturvite boleh dihancurkan dgn memberi makanan khas manakala calcium oxalate biasanya memerlukan pembedahan. Bagi kucing betina terutamanya kaedah 'flushing' pundi kencing boleh dilakukan untuk mengeluarkan batu. Untuk mengelakkan batu terjadi semula seperti kes Hugo dimana doktor menyarankan denganmenukarkan sistem diet Hugo kepada Brand yang khas seperti kes Hugo nie.

  • Kencing kotor @ Urinary tract infection (UTI)
Kencing kotor biasanya disebabkan oleh bakteria, walaupun boleh juga disebabkan oleh virus dan fungus. Sekiranya kucing didiagnose sebagai menghidap UTI, biasanya Vet akan juga mencari punca2 lain seperti batu karang dan diabetes pada kucing.

UTI jarang sekali menjangkiti kucing2 yang muda, jika ada ianya hanya dalam 5% sahaja. Ini kerana urine kucing2 muda ini biasanya berasid dan ini menghalang pertumbuhan bakteria penyebab UTI. Penyakit seperti diabetes dan penyakit buah pinggang lebih kerap berlaku pada kucing yang berumur lebih 10 tahun, maka mereka lebih mudah dijangkiti UTI kerana terdapat perubahan pada acidity urine. UTI lebih kerap terjadi pada kucing yang berumur sebagai punca utama FLUTD, dan diikuti oleh urolithiasis.

Rawatan untuk UTI bergantung kepada penyebabnya samada perlukan intravenous drip, antibiotic dll.


  • Urethral obstruction

Urethral obstruction dimana urethra kucing tersumbat separuh atau total merupakan keadaan yang amat serius. Ianya mengakibatkan kucing tidak boleh mengeluarkan kencing ataupun hanya sedikit walaupun meneran dengan lama. Keadaan ini merupakan keadaan yang amat serius dan life threatening, dan ianya disebabkan oleh samada urolithiasis atau tersumbat kerana plug ie residue lembut mengandungi mineral, protin dan kotoran. 

Kucing jantan samada neuterud atau intact mempunyai risiko yang tinggi utk mendapat urethral obstruction kerana keadaan urethra mereka yang lebih panjang dan sempit. Jika kucing kita dikhuatiri menghidapi masalah ini, ia mesti mendapat rawatan segera. Sekiranya urethral obstruction secara total berlaku, buah pinggang kucing akan gagal untuk membuang toksin dari sistem badan kucing serta gagal menyeimbangkan sistem elektrolit dan cairan dalam darah kucing. Ketidak seimbangan sistem ini boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan jantung berfungsi, dalam kes total obstruction ianya boleh terjadi kurang dari 24-48 jam. 

Rawatan termasuk melepaskan obstruction tersebut dan ini boleh dilakukan dengan melakukan flushing dengan larutan steril melalui tiub dari pundi kencing. Seterusnya bergantung kepada keadaan hidrasi kucing tersebut, transfusi intravenous diperlukan jika kucing mengalami dehidrasi yang teruk. Dn sekiranya kes seperti ini berlaku dimana kos rawatan makin tinggi bergantung dengan keadaan kucing yang dijangkiti sampai ke tahap ini.


  •  Feline Idiopathic Cystitis
FIC @ Interstitial Cystitis selalunya merupakan penyebab jangkitan kuman pada saluran kencing kucing yang berumur kurang 10 tahun. Idiopathic bermaksud tidak diketahui puncanya..dan FIC didiagnos 'by exclusion' ie apabila semua punca2 lain telah dikenalpasti tidak berlaku pada kucing terbabit. Ianya keadaan yang boleh berulang2..40-50% recurrence dalam waktu tidak sampai setahun. Objektif utama rawatan ialah untuk mengurangkan kekerapan ulangan jangkitan ini dan mengurangkan keterukkan tahap jangkitan. Kebanyakan Vet akan mencadangkan penukaran diet dari kering ke canned food yang basah dan mengurangkan stress yang mungkin dihadapi oleh kucing. 

  • Punca  lain FLUTD
Penyakit2 seperti Diabetes dan hipertiroidism (peningkatan aktiviti kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma) juga boleh menyebabkan symptom FLUTD. Selain dari itu, congenital defect (kelainan sejak lahir) pada urinary tract, tumor pada urinary tract, masalah tulang belakang atau kecederaan pada saluran kencing juga boleh mendatangkan symptom yang sama.



Anda perlu peka skiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda segeralah membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat dengan segera.

Alternatif  lain sebagai langkah penyediaa awal jika Vet tutup atau Jauh :

👉 Sediakan APPLE CIDER VINEGAR (ACV) dan campur kan setitik atau dua titik cuka epal ke dalam bekas minuman.Bagi kes teruk berikan campuran air dan acv setiap 20 minit.
👉 Rebusan barli juga membantu. Tapis air dan cuba beri minum
👉 Rawatn Air Kelapa Muda - Air kelape mesti diberi sejam sebelum atau sejam selepas makan at least semnggun sekali.
👉 Rawatn menggunakan Lobak putih - Blender dan dicampur dengan sedikit air. Tapi kenma ready coz ada kucing tidak tahan dengan rasa lobak putih..even saya sendiri tidak suka sangat makan sayur campur lobak putih.
👉 Eakkan memberi makanan yang banyak garam dan berasid tinggi 
👉 Sediakan dan pastikan bekas air minuman sentiasa ditukar dan bersiha..Jika kucing anda banyak maka sediakanlah bekas air dalm 2 atau 4 bekas air bergantung dengan berapa banyak kucing anda.
👉 Pastikan litter box kucing anda kerana ada sesetengah kucing nie jenis pembersih jika dah tempat litter tu penuh kucing akan mencari port lain untuk poo atau pee.

Semoga semua ini akan dapat memberi maklumat dan tips kepada para pecinta kucing.


p/s Aware of your cat condition
Latest Blog : http://radenotion.blogspot.my/

Read More

ZODIAC CAT

Read More

Monday, February 27, 2017

MAKSUD KUCING BERINTERAKSI DENGAN MANUSIA

Read More

Friday, February 24, 2017

MEOW LESSON

Read More

Saturday, February 18, 2017

SUNDAY MEOWING 2




Read More

I'M A BLOGGER OF 4 LEGGED

I'M A BLOGGER OF 4 LEGGED

My Nuffnang

Follow        Blogged.my
PRchecker.info        Pets Blogs
       top sites
                www.addurl.nu        free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO         free web site traffic and promotion        Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!        My Ping in TotalPing.com        Backlink - OhDunia.my        My Ping in TotalPing.com        Kedai Backlink,Backlink Percuma
© 2016 Wa 4 Legged Lover. Designed by Bloggertheme9 & Distributed by MyBloggerThemes